Kempen Internet Selamat (KIS) SK Rantau Panjang Sibu
26 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini🌐 Kempen Internet Selamat (KIS) SK Rantau Panjang, Sibu, Sarawak
📅 Tarikh: 25 Ogos 2025
⏰ Masa: 7.00 pagi – 9.00 pagi
NADI Rantau Panjang telah melaksanakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) bertempat di SK Rantau Panjang, Sibu Sarawak. Program KIS ini dijalankan dibawah kendalian MCMC Cawangan Sibu.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman murid tentang keselamatan dalam talian, ancaman-ancaman yang terdapat di internet dan langkah-langkah untuk melayari internet dengan selamat. Setiap peserta telah menunjukkan minat dan respon aktif semasa sesi program dijalankan.
🎯 Objektif Program:
- Membina asas kefahaman murid tentang penggunaan internet secara selamat dan kesedaran tentang had umur dalam penggunaan media sosial
- Mengajar tiga peraturan Internet: Menjaga kerahsiaan diri, serta mengenali dan melaporkan kandungan tidak selamat
- Menumpukan kepada pembentukan tabiat digital yang sihat, serta pemahaman hak dan tanggungjawab dalam talian
👥 Peserta:
Sebanyak 282 orang murid telah terlibat dengan Program KIS ini iaitu dari pelajar Pra Sekolah hingga Tahun 6.
📖 Modul yang Digunakan:
- Rancangan Sesi Pengajaran(RSP) Modul Murid Sekolah Rendah (7-12 tahun)
🧑🏫 Fasilitator:
Jumlah fasilitator yang hadir bertugas adalah seorang dari NADI Kampung Jeriah.
1.Cik Sinorita anak Tengai (NADI Kampung Jeriah)
🏅 Ikon K-DAT Sekolah:
- Ikon K-DAT (Guru): Cikgu Nurul Nadia binti Mohamed @ Mahmood
- Ikon K-DAT (Murid): Adik Jackson Larry anak Fowaro
📚 Aktiviti:
Aktiviti yang dijalankan adalah:
- Penetapan Minda (15 Minit): Aktiviti Pecah Ruyung
- Pelajaran 1 (15 Minit): Internet Seperti TV
- Pelajaran 2 (10 Minit): Hak dan Tanggungjawab
- Pelajaran 3 (25 Minit): Musang, Ibu Ayam dan Anak-Anaknya
- Rumusan (5 Minit)
- Pelajaran 4 (15 Minit) : Had Umur Media Sosial
- Pelajaran 5 (15 Minit) : Bahaya nya media sosial dan kesan negatif kepada kanak - kanak
- Pelajaran 6 (15 Minit) : Aktiviti Alternatif dalam talian dengan selamat.
✅ Hasil Program:
Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektif dengan memberi penekanan dan kesedaran kepada murid tentang cara menggunakan internet secara berhemah, bijak dan selamat. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah SK Rantau Panjang, Sibu kerana telah sudi bekerjasama dalam menjayakan Program KIS ini. Para pelajar juga mendapat kesedaran dan penggunaan internet yang positif dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: